Wednesday, 21 November 2012
Pentingnya Ucapan Salam antara Seluruh Muslim.✿~
☂Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah
lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu
sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang
diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang
kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim)
☂Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW,
“Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang
dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.”
(Sahihain)
☂Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:
”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.
” (Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)
☂Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Salam adalah salah satu Asma Allah SWT yang telah Allah turunkan ke bumi, maka
tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain,
darjatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama’ah suatu majlis tidak menjawab
ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat)
yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani)
Allahu..besarnya ucapan salam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment