Sunday, 19 May 2013

DAH SELESAI ??

malam ni aku msj dia untuk dapatkan kepastian. Tapi mcm takde jalan penyelesaian je. Aku tak tahu sampai bila benda ni nak berlarutan. Dia pun nampak macam dah putus asa, langsung takde usaha nak berbaik balik. Aku rindu dia yang dulu.. Benda ni jadi sebab ego, masing taknak mengalah. aku mengaku ego aku tinggi tapi aku still boleh kawal kemarahan aku. Kenapa kitaorang takleh selesaikan dengan cara baik? Kenapa mesti dalam keadaan marah2? Setakat ni jela entry ak.. dah xleh pikir lagi dah. selamat malam. Assalamualaikum

Sunday, 12 May 2013

Layak kah kita ?




Dadali- Aku Tak Pantas Di Surga


Sudah terlalu banyak
Dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku
Berlinang air mata
Bila ku sebut nama-Mu
Tuhan bergetar hatiku
Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku
Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik
Andaikan saja waktu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekat-Mu
Betapa pedih siksa
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku
Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku
Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu
Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu

Masihkah Ada Sayang ?

                                                                  Assalamualaikum !!


Akhirnya aku kembali berblogging mungkin sebab aku memerlukan sesuatu untuk meluahkan isi hati yang penuh dengan kesedihan. Agak lama aku tinggal blog ni, my lovely blog *heh* . Okay back to the topic, masihkah ada sayang dalam diri dia untuk aku. Insan yang aku sayang cinta dah pergi tinggalkan aku. Kesetiaan aku selama ni hanya sia sia. Terasa langsung tak dihargai. Ternyata hubungan ni hanya separuh jalan. Kesakitan selama ni tak berbaloi, terus dilukai. Sampai bila harus aku bertahan. Sekarang dia tinggalkan aku tanpa sepatah kata. Walaupun hanya 4 bulan je hubungan ni bertahan tapi aku akan selalu menyayangi dia. Dia satu satu nya lelaki yang pertama yang hadir dalam hidup aku yang telah menyentuh hati aku. Tapi sepanjang aku dengan dia, dapat merasakan sayang tu tak pernah ada dalam diri dia untuk aku. Aku tahu dia masih mencintai bekas kekasih dia. Aku dapat rasakan. Aku minta maaf kerana tidak dapat menjadi seperti kekasih yang engkau yang terdahulu kerana aku adalah aku bukan diri nya yang hanya mampu menjadi diriku...

Walaupun aku hanya mampu memiliki kau hanya buat seketika tetapi ia cukup bererti buatku. Aku sedar engkau tidak mencintaiku sebagaimana kau mencintainya tetapi percayalah aku hanya mencintai dirimu. Aku hanya mampu berdoa yang engkau mendapat kembali cintamu yang pernah hilang dan bahagia disampingnya..

Buat awak, saya nak awak tahu yang saya sangat menyanyangi dirimu. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya. Semoga awak bahagia bersama dia.. :')


Sunday, 16 December 2012

Aku Seorang Yang Sensitif ???!

Hari ni hari Ahad bersamaan 16/12/12 . Banyak yang terjadi hari ni dari pagi sampai la petang .
ciyesli aku tak suka ari ahad coz ari ahad aku ada kelas pagi. seawal 8 pagi *sebenornya malas bangun pagi* kot sampai 6 petang . All day adalah kelas workshop . Tapi an erm erm lecture yang ajar tu encem taoo *krik krik krik* . Okay back to the topic ! Aku Seorang Yang Sentsitif ??? ntah anaco nak explain tentang diri aku nha. Maybe betol la kot aku ni sensitif orangnya . Macam tadi walaopun dorang tu roomate yang sekepala dengan aku (geng kepala masok air) tapi aku still amik kisah dengan ape yang dorang perkatakan .  Aku tau roomate2 aku hanya nak bergurau je tapi kadang2 gurauan dorang keterlaluan . Senang je nak tao aku nie terasa ke tak ngan ape yang orang cakapkan. Kalo aku senyap tetibe tu ... haaaaaa ye la tu aku ter''kesot'' hati siket .Walaupon dorang kate macam-2 kat aku aku still senyum walaupon 'fake smile' :)) 


Wednesday, 21 November 2012

PERHUBUNGAN YANG TERCIPTA??? !

Sayangi sebuah perkenalan kerna di situ terciptanya kemesraan

~ Kenangi sebuah perhubungan kerna di situ terciptanya kerinduan.


~ Hargai kedua-duanya kerna itulah rahmat Tuhan..



InsyaAllah kita mampu untuk memperolehi kedua-duanya
     
     

   ya Allah ..andai ini yang ditakdirkan kepadaku..

   aku redha..semoga perkenalan ini terusterjalin 
    
   walaupun jauh disisiku :')


    Utusan cinta



  • Utusan CINTA dari ALLAH: Melalui Al-Quran
  • Utusan CINTA dari manusia: Melalui nasihat & pedoman dari tingkah laku
  • Utusan CINTA dari alam: Melalui segala ciptaan ALLAH di muka bumi ini
  • Pentingnya Ucapan Salam antara Seluruh Muslim.✿~


    ☂Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
     “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah
      lengkap sehingga kamu  berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu 
      sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang 
      diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang 
      kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim)

    ☂Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, 
      “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang 
       dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” 
      (Sahihain)

    ☂Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:
      ”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.
      ” (Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)


    ☂Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
      “Salam adalah salah satu Asma Allah SWT yang telah Allah turunkan ke bumi, maka
       tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain,
      darjatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama’ah suatu majlis tidak menjawab
      ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat)
      yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani)

    Allahu..besarnya ucapan salam...