Sunday, 12 May 2013

Masihkah Ada Sayang ?

                                                                  Assalamualaikum !!


Akhirnya aku kembali berblogging mungkin sebab aku memerlukan sesuatu untuk meluahkan isi hati yang penuh dengan kesedihan. Agak lama aku tinggal blog ni, my lovely blog *heh* . Okay back to the topic, masihkah ada sayang dalam diri dia untuk aku. Insan yang aku sayang cinta dah pergi tinggalkan aku. Kesetiaan aku selama ni hanya sia sia. Terasa langsung tak dihargai. Ternyata hubungan ni hanya separuh jalan. Kesakitan selama ni tak berbaloi, terus dilukai. Sampai bila harus aku bertahan. Sekarang dia tinggalkan aku tanpa sepatah kata. Walaupun hanya 4 bulan je hubungan ni bertahan tapi aku akan selalu menyayangi dia. Dia satu satu nya lelaki yang pertama yang hadir dalam hidup aku yang telah menyentuh hati aku. Tapi sepanjang aku dengan dia, dapat merasakan sayang tu tak pernah ada dalam diri dia untuk aku. Aku tahu dia masih mencintai bekas kekasih dia. Aku dapat rasakan. Aku minta maaf kerana tidak dapat menjadi seperti kekasih yang engkau yang terdahulu kerana aku adalah aku bukan diri nya yang hanya mampu menjadi diriku...

Walaupun aku hanya mampu memiliki kau hanya buat seketika tetapi ia cukup bererti buatku. Aku sedar engkau tidak mencintaiku sebagaimana kau mencintainya tetapi percayalah aku hanya mencintai dirimu. Aku hanya mampu berdoa yang engkau mendapat kembali cintamu yang pernah hilang dan bahagia disampingnya..

Buat awak, saya nak awak tahu yang saya sangat menyanyangi dirimu. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya. Semoga awak bahagia bersama dia.. :')


No comments:

Post a Comment